Thursday, November 13, 2008

cik ayangazly baek lah sy buat gak (dah kena tagged)

7 Fakta Tentang aku
~ tak suke penipu dan menipu...
~ tak suke org yg nak amek ksempatan atas klemahan aku
~ tak suka orang yg berlakon ( just be yourself)
~ tak suke org yang terlalu jeles
~ tak suke org yang ngade2 terover
~ aku jenis tak banyak ragam
~ tak suke sakitkan hati org ~


7 gadis pilihan
~ pandang tak jemu (tak semestinya cantik je)
~ pandai jaga hati aku
~ manja
~ understanding
~ sempoi
~ tak makeup byk sgt (suke yg natural beauty)
~ aku ada kerna kau pon ada

Nak tujukan pada 7 0rg
ermmmmmmmm......nanti nanti la lum sempat mo pikir

Tagged dr cik ayangazly...

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
~ diri sndiri + keluarga tersayang + kawan2.
2.Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri
~ rokok sempoerna hijau 14 batang. ntah camana la leh start merokok lik ni. dah 6 bulan berenti dah. emmmmmm tensen kot
3.Impian perkahwinan kamu?
~ heheheh kawen sudah. sekali seumur hidup
4.Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
~ selain yg dikahwini yg laen2 tu sume tak ada yg kekal
5.Adakah anda dilamun cinta
~ yes selamanya
6.Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
~ restoran UMMi kat PD belanja budak2 vf dinner 7 org
7.Namakan buku terakhir yang kamu beli?
~ Sirah Nabawiyah
8.Apakah nama penuh kamu?
~ Mohamad Sharipdol Bin Samdol
9.Kamu lebih senang dengan mak atau ayah
~ Tak penah merasa sgt kasih syg Mak. ngan ayah garang sgt. ontah no komen.
10.Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda? ~
~ Mak
11. Christina atau Britney?
~ saper tuh ??
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
~ mesin je
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
~ Mekah
14. Pelukan atau ciuman?
~ dua-dua suke
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
~ hepi go lucky ~ kepoh2 sikit ~ time nyanyi dia ajew ~ open minded ~suke kawan ngan dia
16. 8 perkara yg amat digilai.
~ kokey ~ jamming ~ badminton ~ futsal ~ chatting ~ mengulor ~ jumpa kawan2 baru ~ boling ~ men sms ~ ala bole la lebih drpd 8 ek ~ travelling
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
~ Bismillah ~ hampes ~ luv u ~ miss u~ taking care ~ apa barang ~ apa kes ~ mengong
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
~ tak ingat la
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
~ kenangan terindah by samson ~tapi bukan aku by kerispatih ~ aku ada untukmu by nubhan ~ ruang rindu by letto ~ I dont wanna close my eyes by aerosmiths ~ I'm yours by jason miraz ~ bukan disini by sofaz ~ sonata musim salju by hazami
20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
~ orang lain tak penah kesian dgn kita
~ jgn ikut sangat kata orang
~ kadang2 kena pentingkan diri sendiri jugak
~ biar lah apa org nak kata
~ jgn boros sgt
~ kawan bepada pada
~ nak senang jgn malas
~ hidup kena ceria sokmo

21. Mari mengetag 8 orang lain.
~ next time la aku ngetagged org laen

shut up you !!!!

Aduyai lama sudah tak menggoblog. bz bagat dehh. ntah aper yg bz pun tak tau gue. haini ttiba la pulak tringat ini blog kesian lak aku tgk tak berusik.

apa mau criter ni ek. musim msyrt bahagian dah abis. spt biasa aku ttp tak puas hati dgn situasi dominan yg berleluasa. cakap pun tak guna. org kalu dah gila kuasa bayang2 sndiri pun sudah takut. persetankan la dgn bejingan2 yg hipokrit dan menyesakkan kepala gue untuk mikirkan. janji gue senang dgn apa yg ada.

tajuk lain ar.

BPL dah bermula spt biasa MU bermula dengan lembab yg teramat sgt. hangen gue tgk game. tapi tak pe slow and steady lelama tak menang jugak.

skrg ni gue dah jarang g outstation maknanya sudah jarang jumpe kawan2 vf gue. wendu banget sama derang. especially kawan2 kat jb sana. hopefully minggu depan dpt jugak gue g sana leh horey2 dgn derang.

skrg ni dah byk lepak KL sana g melalak ngan mmber vf. semakin ramai jumpa. kira orait je sume kepala blues bole layan beb. anyway u all buat aku tehibur beb. sronok kawan ramai2.

dah la tu ntah tak tau mau tulis apa lagi. till then cherios folks......

mo prektis boling nanti ujung bulan de tonemen hehe

Tuesday, September 16, 2008

KEGILAAN SUDAH BERMULA

Hidup kembali ceria dengan bermulanya Barclays Premier league. Dulu tiap malam minggu kalu tak tunggu Akademi fantasia, mesti tunggu EPL. Dah dua tiga bula lepas dua2 dah abis, malam minggu jadi busan la pulak. nak g merempit tak sesuai dah ngan usia.

tapi team gua memang mengots giler. p beli barbatov yg dah makin merudum skill dia buat apa. MU start memang selalu lembam. tapi yg paling sakit hati kalah ngan Liverfool yg gua cukup anti. apakan daya. tabik sikit kat liverfool sbb mlm tuh depa main mmg all out. elehhhh kat tpt sendiri bole lah beb. ayat org tak puas hati.

yelah gua tau la ronaldo lum leh main lagi. tapi wa yg tak de bulu ni pun bebulu ngan mamat ronado tu yang tak mo main lagi utk MU. Kunun nak p Real Madrid. Wa nak ingat kan lu beb jangan jadi mcm david bekam. P real madrid nyer pasal nama terus tenggelam padam muke. last tak de org nak pakai lagi dah. yang tak shok lagi, hati ronaldo dah kat real madrid so kalau main tuk Mu nanti takot main main-main jew. frust....... pesal MU tak mo beli player nak sgt simpan kuda2 tua. adoiiyaiiiii ape pon wa ttp sapot lu MU.

Lain-lain hal. berkenaan dengan perkara berbangkit........

tak de yang menarik. sume nya menolak je banyak. tahun ni raya tak kemana duk sini sini jew. soping takat ni lum lagi masih tunggu bonus raya.

akhir kata, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEKIRANYA ADA TERSILAP TUTUR KATA.

Friday, August 15, 2008

Dah agak dah

Macam2 citer politik kampong nih. baru ura2 nak lawan dah kelam kabut semua. aku dah cakap dah. kalu betul dah handal pesal dengan budaak kampong pun nak takot.

minggu lepas seperti yang aku dah jangka, KJ hantar wakil jumpa aku nak kompromi. kunun suruh aku lawan ketua pemua cwg aku supaya cawangan aku calonkan dia jd ketua pemuda bahagian dan supaya lawan dia tuh tak cukup kuota untuk bertanding. heloooooo ini baru pencalonan tak kan dah takot. kalu handal sangat biarlah undi yang tentukan. kau janji la apa pon dengan aku, tak hengin aku. aku cari makan bukan melalui politik beb. takat ni Alhamdulillah rezeki Allah bagi kat aku dah cukup untuk bagi anak bini aku makan. dan bagi orang2 tertentu makan.....ehem...ehem...

Ahad ni msyrt cwg aku. aku tetap pegi jugak tunjuk muka tapi Kj jangan harap ko dapat jadikan aku sbg kuda tunggangan ngko. bukan aku tak tau tektik ko tuh. lepas ko dah tunggang puas2 ko akan lepaskan tak tentu hala. ko dah belaja nak kenang budi ke? kita tunggu dan lihat.

HEHEH lepas geram sikit beb pasal politik. mana lagi nak lepas geram kalu tak kat blog nih. sukati korang la kalu minat nak baca. kalu tak minat baca, abaikan je lah.

kisah2 personal yang lain tuh....emmmm...... makin menarik jugak lah. tak yah citer kat sini lah kang ada lak yang tersinggung.

Monday, July 21, 2008

tak leh citer lebih2

apa kehenya nak citer nih. dah tak de citer menarik dah. sume mcm biasa jew. memang susah nak carik time mo update ini blog. seminggu? sebulan? huh!!

hari ni mo citer politik sikit ar. aku ni dah busan ngan politik sekarang nih. rasa mcm UMNO dah tak relevan lagi dah. tapi bagi aku bukan umno tu yg tak relevan tapi orang2 nya yang dah tak relevan. sebab tu aku masih lagi ahli pemuda umno.

tahun ni member ajak bertanding la pulak. tapi group aku nak lawan ngan group yang bukan calang2 orang. nak lawan group kj tuh. sape kj? alah si menantu tu lerr. pedulik hapa aku sama itu menantu ker hantu ker janji dia pon dah tak relevan lagi kat kampung aku. LAWAN TETAP LAWAN!!! aku memang dah lama tak sebulu dengan mamat tuh. mentang2 la aku specis yang tak banyak bulu. nak aku citer pasal mamat tu kat sini ker. huh tak payah lah citer keburukan org kat sini. ni bukan aku dengar citer2 orang tapi mmg kena kat batang idung aku sndiri. pirah mabuk!!

yg best nyer bila org tau group aku nak lawan mamat tuh, fuhhh mcm tak caya dapa sapot dari satu malaya kata bagi sokongan. elooo sape2 yg bagi sokongan tuh tak kan maen ckp ayaq lioq jew, huloq2 la sikit. lawan tuh bukan kecik anak punya lawan, member pakai kempen 'agong' beb mcm mana mo lawan.

ape2 pon yg penting mo kasik kasi tau itu orang, kalu asik mendongak ke langit, jgn lupa ada banyak tunggul kat bawah ni. kalu kaki tersepak tunggul, jatuhnya kebawah jugak beb.

sendiri mau ingat lor......lu pikirlah sendiri.

Friday, July 11, 2008

kawan je la lagi best!!

betul la kata orang kalau ikhlas berkawan insyaallah akan kekal sampai akhir hayat. so, let it be that way. rasa seronok masa mula2 berkawan dulu. asal jumpa nak ketawa. asal sembang ada je perkara2 yg lucu. ada je gurau senda. ada je gelak tawa.

tapi bila dah melencong dari niat asal untuk berkawan, rasanya dah tak best mcm dulu2. rasanya macam ada je yg tak berapa kena dengan hubungan tu. rasa spt ada satu barrier. ada satu ruang vakum yg tak kena pada tempatnya. kenapa mesti jadi mcm tuh?

kenapa tak biar saja jadi kawan? kenapa tak ketepi kan saja perasaan yg 'lain' tu? kawan pun tetap sayang jugak kan? 'sayang' sebagai kawan rasanya lebih kekal.

tak ada siapa pon yang bersalah dalam hal spt ni. masing2 ttp dgn ego. masing2 ttp salahkan satu sama lain. masing2 ttp tak nak rasa besalah.

boleh ke jadi macam dulu2. dulu2 masa sering gelak ketawa sesama. sering bergurau senda. tak ada rasa cemburu. tak ada barrier. tak ada vacum. tak ada ego. hanya kawan yg sejati yg membolehkan kita merasa seperti itu.

Boleh ke? aku sayang kawan2 aku sumer....korang2 sumer.

Sunday, June 29, 2008

nothing much!!

tak de pe2 citer yang menarik. sejak dgr lagu ni terpesona la pulak. layan sehhh

AKU ADA UNTUKMU – NUBHAN (AF6)
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku sayang dirimu (padamu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Thursday, June 26, 2008

sosak napas den

memang ar dah lama tak mengblogging. sibuk bangat dong. tapi sibuk2 pun sempat gak tinjau2 blog orang lain. macam2 cerita kat blog orang. tapi ada satu blog tuh aku singgah naik meluat pulak aku baca. dalam tuh citer ngutuk orang jew. mcm la tuan punya blog tuh bajet bagus sangat. macam ni punya manusia pun ada lagi dalam dunia ni. kalau dah tak suka orang, duk la diam2 jangan la sampai sebut nama pas tuh kutuk2 pakai ayat2 yg tak patut. macam la awak tuh sorang je yg perfect. pirah mabuk mamat oi. aku tak sebut nama orangnya tak pe la kot.


hari ni baru dpt duk opis. dua hari outstation kat JB jumpa kengkawan. celebrate besday member, makan2, melalak, lepak2. sangat enjoy bersama kawan2. release tension. thanks dude.

pesal lak sosak napas nih? emmm......boleh citer ek? aku ni dah serik nak tolong2 orang lagi dah. ramai sangat yang menipu. tak pandai nak hargai apa yang kita dah tolong. bukan mintak balasan tapi cukup lah sekadar ingatan dan terima kasih. itu cerita dulu2. aku tak papa kedana pun walaupun diaorang buat2 lupa dan aku halal kan saja. tapi masalah aku ni memang tak boleh tengok orang susah yang datang mengadu kat aku. ini la kelemahan aku. takut orang ambil kesempatan. things keep on repeating again and again. aku tulis ni bukan tak ikhlas nak tolong. engkau yang mintak tolong dengan aku, tetap aku akan tolong jugak. tapi ingat la kalau nak berkawan biar lah dengan seikhlas mungkin dan bukan ada sebab2 tertentu saja. aku dah serik sebenarnya. tapi dengan engkau ni aku tak tau la. kesian aku tengok. harap engkau faham. aku bukan kata engkau pun nak menipu cuma bila dah selalu terkena ni ada rasa kena hati2 sikit. kadang2 aku sedih dengan diri aku sendiri.

seperti dulu jugak, apa juga yang aku tolong ni tak ada komitmen apa2 dan aku tak mintak balas apa2. cukup la engkau doa untuk aku agar brtambah murah rezeki aku dan dpt aku tolong orang lain pulak. janji engkau ingat.

kenapa lak aku citer kat blog pasal aku tolong orang? macam nak menunjuk2 je. bukan mcm tuh. aku tak tau nak luah kan kat mana dah. nak cakap depan2 kadang2 tak terkeluar kata2. terpulang kat korang yg baca nak menilai.

huarghhhhhhh nantuk sudah. ari2 tido lambat. selagi euro tak abis selagi tu la tido lambat. mlm ni ada lagi. uwaaaaa padan muke aku.....chow cincau.

Friday, June 13, 2008

masih bernafas

masih terus bernafas
walau sesak tapi tetap di hela
agar dapat terus hidup

hari ni baru ada peluang nak update blog. banyak sangat dugaan sepanjang menyepikan diri. kadang kala terasa ada lebih baik mendiamkan diri daripada terus mengharung kepeningan yang berterusan.

kerja pun memeningkan kepala nak menghadap manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri. terasa seperti kecik je kepala-kepala manusia yang tak tau menghargai apa yang telah dimiliki. rasa macam nak pulas-pulas je biar mereka-mereka sedar diri.

tapi biar lah keadaan terus terusan begini sebab kelemahan diri aku yang tak tau nak berkonfrontasi. lemah sangat rasanya asik di kotak katik macam orang dungu yang baru nak belajar hidup.

bersyukur dengan apa yang ada. bersyukur dengan anugerah Tuhan. bersyukur dengan rezeki dan ketentuan Nya. biar apa orang nak kata. biar apa orang nak buat pada aku. biar saja mereka-mereka itu mengambil kesempatan atas kelemahan aku. yang pentingnya satu hari nanti mereka-mereka itu pasti akan tau jugak. aku tak pernah berdendam. aku tak pernah nak mengungkit. aku tak pernah nak menyusahkan sesiapa.

aku cuma berdoa agar mereka-mereka akan sedar satu hari nanti. kalau kita tak suka orang buat pada kita, pastikan kita tak buat perkara yang sama.

Thursday, June 5, 2008

back to normal

macam2 cerita. tak pe la tanggung je la. so, this time I'm back again. tu hari panas hati punya pasal. serabut kepala hotak aku. dah la lupakan saja. now back to normal hopefully everything do run smoothly. THING HAPPEN FOR A REASON.

Monday, May 12, 2008

macam2 punya hujung minggu

Apara hujung minggu ni memacam berlaku. ari jumaat den cuti sibuk buat persiapan anak buah nak benikah. maklumlah pak sedara sorang ni je lew yg kena jd orang pangkal. well anak jantan sorang. malam melepak dengan anak buah artis aku yang sorang tuh sampai kul 3 pagi.

sabtu sungguh memenatkan ramai banget tetamu datang tapi ttp senyum sampai petang. deejay yang kebetulan staff aku terus membebel sambil putar lagu. sesekali kakak aku sound suruh deejay slow kan volume. abis petang tuh aku duk makan sama2 ngan deejay tuh makan nasik.

kemas2 sampai malam. sungguh memenatkan. balik umah terus lentok mcm org pengsan.

Ahad. tngahari tuh singgah opis jap mentenet. sblm balik kul 2ptg sembang kejap dengan staff aku yg jadi deejay semalam kebetulan dia pun ada kat opis. aku pon balik umah.

kul 7.00 pm dapat call dari kakak aku "dejay smlm tuh dah meninggal" Innalillah.... terperanjat beruk la aku. senang nya Tuhan nak ambil nyawa sesaorang. dengar cerita dia sesak nafas then terus meninggal depan klinik. Aku kehilangan sorang staff yang dedicated dan seorang kawan. malam tu jugak aku ke rumah arwah menziarah. sian famili dia.....

semalam jugak hari Ibu. tapi......aku tak tau mcm mana nak celebrate sbb tak penah merasa ada ibu. radio era asik2 keluar kisah anak ucap pada ibu buat aku tambah sebak. arghhhhhhhhh....

semalam juga fav team aku jadi champion BPL. ManUtd beat wigan 2-0 so champ again. can't wait till 'D' day of 21st Mei 08 clash of the titan. champion league versus chelsea.

tu la kisahnya. moral of the story.......lu pikir la sendiri!!!!

Wednesday, May 7, 2008

imperfection

In this society that emphasizes on the packaging, we would sometimes inevitably envy other people’s good looks, and lament about our own imperfection.
But in fact there’s not a single person whose is perfect,
Everyone has a lack of something.

Some couples are very loving, with handsome earnings, but they could have problems bearing child.

Some people have the looks and talent, but could have a rough time in relationships.

Some people have lots of money, but they don’t have filial children.

Some people look to have a good life, but their brain could be empty all their life.

Everyone’s life has been designed with imperfections,
You may not want it, but it will follow you.
I used to hate my imperfections,
But now I have learnt to accept it with open arms.
The flaw in life is like a spike on our backs, reminding us to be humble and empathetic with others.
If there are no hardships, we will be complacent. If there are no sufferings, we cannot be compassionate and console those who are less fortunate.
Life cannot and can never be too perfect.
Having a crack, to let happiness flow to others, is a beautiful thing.
You don’t have to have everything.
If you have everything, what’s left for the others?
Also recognise that life has flaws,
That you shall not compare yourself with others,
Instead cherish what you already have.
So, don’t go around envying others, count the blessings that Allah has bestowed upon you.
You will find that there are more things that you have, than things that you don’t have.
And what you do not have, although not lovable, is very much part of your life,
Accept and appreciate it, and your life will be much happier.

This is not sharipdol...this is real me.

Wednesday, April 30, 2008

Pagi yang gelap kini sudah terang

karangan yang tertera dibawah ini tiada kena mengena dengan tajuk yang tersebut di atas. sekian harap maklum.

memang la pagi td bangun je dah terang. mana tak nye tido kul 6 pagi. aku kat JB lg nih. semalam g main boling separuh jalan tetiba blackout. potong stim btul baru nak dpt feel. pas tuh g melalak lak kat diva sampai 1.30. lama suda tak nyanyi karat suda sore. pas minum2 izery ngan muz layan tengok ManUtd lawan barcelona. perghhhhhhhhh suspen giler tgk game. sib baik MU menang jugak akhirnya dapat ke final UEFA.

ari ni keje kelam kabut sikit bcoz today is D day. ari ni sampai malam jugak la kena operasi. tak pe keje nyer pasal carik makan beb. rajin keje byk masyukkkk hehehehe. workaholic??? orang gila pon tak keje mcm aku. memang la, org gila mana de keje....mengong tul.

walaupon bz ngan keje kita kena ada life jugak. sebab apa kita keje? untuk kehidupan kita kan. so kalau kita keje sampai tak ada life untuk kita...what the hell?? money is not everything,but life yes. so korunk2 sume GET A LIFE. afterall its up to us to determine what kind of life that we wanna have. kita keje untuk hidup dan jangan sampai kita hidup untuk keje. life is short, make full use out of it.

ada satu kisah : seorang umat ni bila masa sekolah, dia terlalu sibuk nak masuk universiti. dah masuk universiti sibuk pulak nak cari keje yang best2 kunun nak jadi profesional. bila dah keje, sibuk pulak nak kawin cari bini yang sesuai. bila dah kawin sibuk pulak nak ada anak ramai. bila anak dah besar dia sibuk pulak nak suruh anak kawin tak sabar2 nak timang cucu. bila dah ada cucu dia sibuk pulak kena jaga cucu dan prepare untuk pencen. pada ketika ni baru dia sedar betapa sepanjang hidupnya, dia terlalu sibuk sampai tiada masa untuk kehidupan diri nya sendiri. akhirnya dia sedar, sepanjang kehidupannya atas kesibukannya telah menyebabkan dia terlepas banyak perkara penting yang pastinya tak akan dapat dia ulang kembali.

so...renung2kan lah. GET A LIFE!!!

Tuesday, April 29, 2008

marang kerapu kepunden marang sekeper

apa ntah makna tajuk tuh. sesuai la ngan apa yg aku nak tulis arini benda yang merapu2 jew.

hari ni dah dua hari aku kat JB. kali ni seminggu duk sini sebab projek nak start dah 1hb Mei ni. nak mrapu pasal apa ek?

ari ni kat opis aku ngamuk ngan manager pasal sumer main wayang cina. keje tak buat tapi cerita je lebih. aku pun tak tau mcm mana aku leh hangen lak. ni la dia jenis manusia hipokrit. depan kita bukan main elok lg cakapnya, beria2 mcm semangat sgt tapi bila kita tak de, semua nya hampes. ni yang aku menyampah cakap tak srupa bikin.

dari smlm dah aku rasa tak brapa puas hati, tu yang terbawak2 smp ari ni. pesal ape ek aku tak puas hati semalam? emmmm jap nak pikir. ohhhhhh..... ada la sebabnya tak yah citer la.

susah nak jaga hati orang lain ni. kadang2 kita kena byk ketepikan hati dan perasaan kita sendiri demi untuk menjaga hati orang. ada masa tertanya-tanya jugak bila la agaknya orang lain nak jaga hati kita. asik2 kita je? biar lah. yang penting kita tak menyakitkan hati orang lain. cuma kadang2 kita tak prasan apa yang kita buat tu menyinggung perasaan orang lain. tapi tu bukan alasan sebab kalu kita betul2 ambil berat dan prihatin, perkara tak sengaja ni tak kan berlaku.

dah la tuh makin lama makin mengarut kang....

Friday, April 18, 2008

FRIENDS IN LIFE

aku baru saja balik dari JB. masih lagi kepenatan mengharungi perjalanan 3 jam dari sini.

kali ni jom kita sembang2 pasal kawan. kawan yang ada disekeliling kita yang mempunyai bermacam2 karenah dan perangai. sepanjang perjalanan aku dari JB aku dapat ilham untuk menulis tentang kawan ni sebab aku cukup terharu apa yang kawan2 buat untuk aku.

aku selalu ke JB on business trip. malam rabu lepas kawan2 aku di JB buat surprise birthday untuk aku. padehal aku jumpa diaorang pun sebulan sekali je. but this is what friends are all about. bukan jarak yang menentukan keakraban persahabatan itu. thanks a lot guys..... komeng,km,izery,sharkma,naz,kerol,wisha,olyn,ayangazly,babybee,as,awek naz. you guys are a bunch of a very wonderful people. besar atau kecik sambutan tu tak penting, tapi yang penting ingatan korang tuh.

kawan yang dah lama menghilang tetiba hantar kad ucapan besday yang menyentuh perasaan pun tiba2 muncul semula. maknanya dia masih ingat pada aku terutamanya pada hari istimewa aku. thanks. I really appreciate it.......katanya....'You've always been a special friend who's great to be around, you always know what to say on days when I'm feeling down... That's why this birthday greeting comes with thoughts of all you do, to hope that all the joy you bring comes back again to you'.

kawan terdekat. ada juga yang bagi ucapan dan ada jugak yang terlupa tarikh. ada yang sms je. ada yang call. tak apa lah mungkin banyak lagi perkara lain yang diaorang nak ingat. aku dah biasa dah. dari dulu lagi dah, kawan terdekat jarang dapat meraikan bersama. mungkin dah nasib aku macam ni. so I don't mind at all. biasa lah lumrah manusia, kita jarang nak menghargai sesuatu yang kita ada. bila kita dah kehilangan sesuatu itu baru kita tau betapa berharganya ketika kita ada sesuatu tu.

'kita adalah siapa kawan kita'

everytime this special day comes, we need a special people to celebrate it with you. so whoever had celebrate your special day with you, they are very special people that you must give your appreciation. they ere your true friends.

see u then...cherios

Tuesday, April 8, 2008

INI LAH JALANKU

Kenapa mesti memilih jalan ini?

Jalan yang pasti menyesakkan. jalan yang tiada tanda arah. jalan yang tiada penghujung.
ahhhh persetankan bisik2 yang membingitkan kepala. aku sendiri yang memilih jalan ini dan harus aku harung walaupun pasti aku tak kan temui apa yang aku cari. Apa yang aku cari? sesuatu yang dah lama hilang dalam kehidupan zaman sekarang ni.
kalau dah tau tak kan jumpa kenapa masih mencari?
Tak salah untuk kita hidupkan sedikit harapan. untung2 masih ujud.

walaupun jalan ini bukan mudah untuk dilalui bahkan ada jalan lain yang lebih memudahkan, tetap aku lalui jugak. sebab ini lah jalan yang sudah biasa bagi aku.
'better deal with known devil rather than dealing with unknown angel'.
sedari dulu jalan ini lah yang membuatkan aku rasa lebih mengenali manusia sejagat. mana manusia yang hipokrit, manusia yang bertopengkan iman, manusia yang talam lapan belas muka, manusia yang menjengkelkan, manusia yang suka bermuka2, manusia yang benar2 jujur. yang last tuh susah sikit nak dapat.

jadi haruskah aku menukar jalan ini? atau menukar arah tujuan perjalanan aku? tak perlu!!!! aku akan tetap diri aku. aku dah selesa dengan diri aku ni. aku tak pernah komplen tentang perjalanan diri aku. jadi kenapa perlu tukar? tukar demi kerana orang lain suruh? makna nya aku tukar bukan kerana untuk aku tapi kerana untuk orang lain?

kalau orang lain tak suka, apa aku boleh buat sebab inilah diri aku. sesiapa saja yang aku tegur atau yang aku lambai sepanjang perjalanan aku ni, harap fahami maksud dan tujuan perjalanan aku. kalau ada yang tak suka aku lalu disini, terpulanglah sebab aku tetap akan lalu jugak. dan kepada sesiapa yang tak suka aku lalui jalan ini, berpaling lah dari aku dan jangan libatkan diri itu adalah lebih baik daripada terus bermuka2 dan bersikap hipokrit.

dan kepada sesiapa yang ingin menumpang, dipersilakan dengan hati terbuka. asalkan tujuan perjalanan ini jelas dan tidak menyesatkan. kalau ada jugak yang mahu sama2 menuju ke destinasi yang sama apa salahnya terus sama2 kita harungi perjalanan ini.

adessss...... petang2 macam ni kepala otak ni mmg kalut sikit. kalu aku baca balik apa yang aku tulih kat atas nu, aku sendiri jadi kompius. sesapa yang rajin baca tuh 'read between the lines'.
I'm not good in writing article so please consider...my bad.

that's all folks....till then

Saturday, April 5, 2008

Life must go on

DEPRESS SINDROME!!!

Kenapa mesti depress? kenapa mesti ada rasa tekanan perasaan? apa yg buat depress? apa sebenarnya depress ni??

Itu lah sebab terlalu ikut perasaan. Ikut perasaan tanpa merujuk kepada akal fikiran yang rasional. sebab apa? sebab perasaan yang dikawal oleh hawa nafsu. sebab tu orang kata jangan bermain-main dengan perasaan nanti buruk padahnya.

Boleh ke kita kawal perasaan ni? jawapannya memang boleh. tapi dengan syarat mental kena kuat. mcm mana nak kuat kan mental?? perdekatkan diri dengan Tuhan dan terima segala ketentuanNYA.

Lain2 cara. Aku penah kata ' kita adalah siapa kawan2 kita'. jadi kena pandai memilih kawan. betul kata orang berkawan jangan memilih. kita kena ada ramai kawan. memang tak salah ramai kawan tapi cukup sekadar berkawan. yang penting kawan2 yang paling kita rapat. kawan rapat lah yang dapat memainkan peranan untuk kita memperkuatkan mental kita untuk mengharungi sisa2 hidup yang semakin mencabar ni. adalah lebih tepat jika kawan rapat ini di panggil 'sahabat'. sahabat yang sejati akan kekal hingga akhir hayat.

selalunya bila kita mengalami tekanan perasaan, pada sahabat ini lah tempat kita meluahkan perasaan. sahabat yang sejati akan menjadi pendengar yang setia. tetap memberi sokongan pada kita bila berhadapan dengan musibah. sahabat sejati tidak akan pernah penyusahkan kita.

bukan tak ada keluarga untuk kita merujuk tapi kadang kala ada perkara2 yang tak perlu diceritakan kepada keluarga.

jadi carilah sahabat yang benar2 sejati sebagai tempat untuk kita meluahkan rasa hati. sebab tekanan perasaan ini terjadi kerana kita tidak mahu meluahkannya ibarat gunung berapi yang akan meletus bila2 masa. memang la susah nak cari sahabat sejati zaman sekarang ni tapi tak cuba tak kan tau. biasa la kadang2 bila dah jumpa pun belum tentu serasi dengan kita. belum tentu memahami perasaan kita. but at least why not give a try until one point bila dah sampai satu tahap, then u decide weather they're the right person or not.

the bottom line is, we need someone to talk to. until then....talk to u later!! cherios

Thursday, March 27, 2008

IBU

Ibu....Ibu...engkaulah ratu hati ku.

Ye ke? betul ke? mana aku tau. Apesal tak tau? memang aku tak tau. tak penah rasa. tak penah ada pengalaman. aku dengar orang nyanyi macam tu, aku pun nyanyi lah. best ke ada ibu ni?
apa istimewanya ada seorang ibu? kalau ada yang bertanyakan pada aku dah tentu aku tak dapat nak jawab. sebab aku tak penah merasa ada seorang insan yang bernama ibu.

Ibu aku meninggal sejak aku kecik lagi. rupa dia pun aku tak ingat macam mana.cuma tengok kat gambar2 hitam putih yang dah reput dimakan dek bubuk. biarpun diganti oleh seorang ibu tiri, tapi masyaallah, sengsara hidup dibuatnya.

orang kata ibu ni tempat untuk kita mengadu hal2 pribadi, tempat kita bermanja, tempat kita meluahkan perasaan dan macam2 yang ibu boleh jadi. SERONOKNYA.

kawan2 semua yang masih ada ibu, bersyukurlah kamu semua masih ada ibu yang sayang pada kamu. ibu yang boleh kamu jengok bila balik kampung. ibu yang boleh marah kita bila kita buat salah. ibu yang menangis bersama kita bila kita ada masalah.

hargailah waktu ini bila kamu masih ada seorang ibu. aku cemburu dengan kamu semua. jangan abaikan waktu2 seperti ini. jangan sampai bila ibu sudah tiada baru kamu menyesal kerana kamu jarang menjenguknya. ingatlah bahawa kamu adalah seorang umat yang beruntung kerana ada seorang ibu berbanding dengan aku yang sekadar mendengar cerita tentang ibu. dan yang pastinya aku tak akan mendapat peluang ini seperti kamu semua.

Semuga roh ibu ku ditempatkan bersama orang2 yang soleh....oh ibu.

Wednesday, March 26, 2008

puas bila tengok orang tersenyum

hidup kat dunia ni kalau nak buat orang tersenyum memang susah. kadang2 orang yang tersenyum tu boleh nampak keikhlasan senyumannya. bila senyum yang di buat2 dah jadi macam rupe orang nak nangis je.

tapi yang aku nak sentuh bukan soal senyuman manis yang terukir dibibir sesaorang yang dapat kita lihat. tapi tentang senyuman dari dalam hati yang dapat menggembirakan sesaorang atau dapat mengubati hati sesaorang yang sedang dalam duka nestapa. fuyooooo aku kah yang menulis ayat2 ni?...mcm tak caya je ahakakaka. senyuman dalam hati ni lebih besar maknanya kerana ia akan terus terpahat dalam sanubari.

cuma senyuman dalam hati ni kita susah nak lihat. nak pantun sikit la. dolu2 ada gak blaja sastera ni.

terkukur rimba membawa berita
merah mati membawa diri
tutur kata gambaran jiwa
gerak geri gambaran hati

apa juga yang kita buat untuk menggembirakan orang lain jangan sekali kali minta sebarang balasan. buat lah dengan sejujur hati dengan niat untuk membantu. cukup lah sekadar ucapan terima kasih dan apa yang kita buat tu dihargai.

aku?? sesiapa juga yang pernah aku tolong, ikhlas dari aku. no komitmen. aku tak akan mengungkit tentang apa juga yang aku dah tolong. sesiapa pun yang dah penah merasa tu, anggap je semua sebagai rezeki korang. tak ada balasan yg aku mintak cuma doakan aku di permurahkan rezeki lagi supaya aku dapat tolong orang lagi. bukan aku nak riak atau membangga diri tapi aku pasti orang tu akan baca blog ni dan aku tak reti nak ucapkan depan dia.

Yang aku mintak tolong fahami aku yang dah selalu dipermainkan dan aku tak nak kena main lagi. kalau nak berkawan dgn aku, yg penting jujur dan ikhlas.

dah la...kang kata aku jiwang banget. wassalam

Tuesday, March 25, 2008

Bila kaduk naik junjung

Ramai sangat yang nak jadi politikus dalam pejabat. Kaki ampu, kaki penipu, wayang cina, kaki klepet, dan macam2 lagi ada. tu la antara watak2 yang ada kat mana2 pejabat. tapi yang paling menjengkelkan adalah specis kaduk naik junjung ni.

Specis ni jenis tak sedar di untung, naik sebab ada 'connection' atau sebab dia orang ni pandai ampu bos.

aku dah busan dengan specis macam ni. kompeni sendiri pun dah macam orang lain yang kontrol. mentang2 aku ni jenis tak banyak cakap. bukan tak nak bercakap tapi aku lebih suka mengelakkan konfrontasi demi mengekalkan keharmonian dalam kompeni ni. sampai bila aku boleh tahan pun aku tak tau.

Tapi aku mana boleh give up sebab aku ni pewaris yang sah. takat ni boleh kontrol emosi lagi selagi orang2 specis ni tak mengacau aku. Jangan di kejutkan naga yang sedang tidur nanti buruk padahnya!!

rasa hormat pada adik beradik yang membuatkan aku masih belum nak bersuara lagi. kesian pada staff2 aku yang tersepit antara golongan gila kuasa ni. kalau sorang aje specis macam ni kat opis ni tak pe, ni sampai tiga orang. sesama dia pon tak sebulu. abis macam mana?

Hukum Karma......gila darjat...gila nama...gila kuasa....gila harta....semua gila.

apa aku boleh buat? setakat ni aku cuma boleh berdoa je agar orang2 specis ni di beri petunjuk dan hidayah dan di beri kesedaran tentang kedudukan dia orang.

cuba lah hormati orang lain sikit!!!! kalau kita tak suka orang lain buat, pastikan kita tak buat perkara yang sama.

wassalam.....

Monday, March 24, 2008

I hate monday

No interesting topic today. cuma nak highlight ManUtd menang besar dengan Liverfool 3-0 malam tadi. Yang jd lebih menarik Arsengal kalah dengan Chelsea 1-2. Glory glory ManUnited. Chances ManUtd jadi champ this season memang cerah kalau tak buat silap this last seven games. Aku memang peminat 'susah mati' ManUtd. dalam kategori fanatik jugak la.

Local football?? entah. aper tuh? sori la pasal local football ni aku tak mau amik tau la. bukan tak sokong pemain tempatan tapi kalau taraf permainan macam sekarang ni, nak tengok pun malu lah. entah apesal tahap bolasepak kat malaysia ni dah tak macam dulu. dah la buang karen jer criter pasal bolasepak malaysia ni.

adussss tarak idea sudah...... len kali sikkk

Saturday, March 22, 2008

Berbicara tentang hati

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Bila seketul daging (hati) kotor maka satu badan akan sakit"

Salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan memaafkan setiap orang sebelum tidur setiap malam. Dengan memaaf kan orang jiwa kita akan tenteram dan di jauhi drpd dendam dan sakit hati. Ada orang kata 'aku tak akan memaafkan orang itu sampai kiamat' maka rugi lah sesiapa yang berkata begitu kerana jiwanya tidak akan tenteram dan hatinya sentiasa kotor dan mudah mendapat penyakit. Setiap hati yang bersih akan memancarkan wajah yang mulia dan disenangi oleh semua orang kerana akan terpancar aura yang positif disekelilingnya. salah satu cara awet muda tu.....

Hati juga mudah menjadi busuk sebab selalu sangat di hidang kan dengan perkara-perkara negatif yang bermain di minda. maka mudah akan terkena penyakit. penyakit adalah satu mahluk dimana makanan nya adalah fikiran yang kotor. Cara nak bersihkan minda? mudah je... of coz rapatkan diri dgn Tuhan. lain-lain cara...... berfikiran positif selalu. selalu berpegang dengan ungkapan 'pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian'. setiap kali dilanda malapetaka atau musibah jangan cepat mudah putus asa atau mengalah kerana Rasullullah pernah bersabda " setiap nikmat yang Allah nak bagi, akan di mulakan dengan musibah'.

So, yang penting hati yang baik beb. hati yang penuh dengan perasaan kasih sayang. pepatah ada mengatakan 'kita adalah siapa kawan-kawan kita'. kalau perasaan sayang yang keluar dari hati kita, maka yang datang juga adalah perasaan sayang juga. jika benci yang keluar dari hati kita maka benci juga lah yang akan datang pada kita.

maka tak salah menyayangi orang lain. yang penting ikhlas. walaupun istilah sayang itu banyak pengertiannya. terpulang macam mana kita nak menterjemahkan perasaan sayang itu...

till then....wassalam.

Friday, March 21, 2008

sayang, cinta, kasih ??? what the hell

dah ramai dah.....semuanya sama jer. sebab apa ramai? sebab aku playboy ker? sebab aku kaki pompuan ke? sukati lah apa orang nak cakap. yang penting aku tak penah permainkan perasaan orang. kenapa? aku tak berhak untuk di sayangi ker?

heloooo ingat perasaan boleh dibuat-buat ker?

setiap kali kena klentong ungkapan yang sering keluar dari mulut aku " this gonna be the last one" . but things keep on coming..then how? reject? accept? god knows............

pesal asik kena klentong? entah!! mungkin aku mudah sangat percaya pada orang. pecaya ke atau kesian? sama je la. kata orang pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang. tapi kalau pengalaman yang sama je kita hadapi, itu tahap bodoh namanya. aku bodoh ke? entah lah!!

bukan aku yang saja cari, tapi perasaan tu datang dengan semulajadi. biar pun dah banyak kali terkena tapi aku tak penah serik. Sebab apa? bcoz loving and to be love is such a beautiful feeling that cannot be descripe by words.

tak cukup ke dengan kasih sayang isteri dan anak-anak yang ada? adik beradik? emmm sometimes we still have space for someone else. curang? not the correct word. this is something else which I myself cannot explain. thats make life colourful. asalkan tau tanggungjawab.

kali ni apa pulak? kasih jugak ke? sayang jugak ke? difficult to say. Time will tell. afterall whoever you are, lets do not spoiled the relationship that has been built with trust and honesty. love? KASIH SAYANG TAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN!!

addicted to love? ya memang. eventhough I know that I'm gonna be on the losing side, I'll keep on and will keep on. Until when?? Until there's no one to be love. why on losing side? bcoz I know that sooner or later I'm gonna lose whoever she is. what a wonderful world. ALWAYS REMEMBER, THINGS HAPPEN FOR REASON.

Our right to be love

Ari ni aku dah kembali waras untuk menulis ntah ape2 kat sini. sukati aku la nak tulis apa pon. bukan nak suruh orang baca tapi sekadar nak melepaskan rasa hati. kalau tak de sape2 nak baca pon lantak la.

Tajuk mcm menarik je. Our right to be loved??

Love is a strange thing. It can be the most amazing feeling in the world, or it can really hurt, but in the end love is something most, if not all of us, will face. While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (even yourself). Love is the continual act of unconditionally putting the needs of others before your own.


Say it. When you say the words "I Love You," do they carry it with them the desire to show someone you love them or do they carry it with them is it what you want to feel? And when you say it make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.

Love unconditionally. If you cannot love another person without attaching stipulations, then it is not love at all, but deep-seated opportunism (one who makes the most of an advantage). If you have no intention of improving that person’s life, of allowing that person to be themselves and accepting them as they are, and not who you want them to be, then you are not striving to love them unconditionally.

Expect nothing in return. That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you. It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for loving's sake. Realize that someone may have a different way of showing his or her love for you; do not expect to be loved back in exactly the same way.

Realize it can be lost. If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love.

aper aku dah merepek ni.....ahhhhhh lantak la janji aku paham.

Tuesday, March 18, 2008

hari-hari yang membusankan

apa nak jadi ngan aku ni? ahhhh lantak la janji aku tak menyusahkan orang lain. tapi orang yang menyusahkan idup aku ni aper nak buat ngan org2 yg mcm ni? ahhhhhhhhhh malas aku nak pikir dan malas nak tulis banyak2. lain kali lah. arwah bapak aku dah pesan... kalau kita buat orang lain tersenyum, insyaallah kita pun akan tersenyum jugak.