Tuesday, March 25, 2008

Bila kaduk naik junjung

Ramai sangat yang nak jadi politikus dalam pejabat. Kaki ampu, kaki penipu, wayang cina, kaki klepet, dan macam2 lagi ada. tu la antara watak2 yang ada kat mana2 pejabat. tapi yang paling menjengkelkan adalah specis kaduk naik junjung ni.

Specis ni jenis tak sedar di untung, naik sebab ada 'connection' atau sebab dia orang ni pandai ampu bos.

aku dah busan dengan specis macam ni. kompeni sendiri pun dah macam orang lain yang kontrol. mentang2 aku ni jenis tak banyak cakap. bukan tak nak bercakap tapi aku lebih suka mengelakkan konfrontasi demi mengekalkan keharmonian dalam kompeni ni. sampai bila aku boleh tahan pun aku tak tau.

Tapi aku mana boleh give up sebab aku ni pewaris yang sah. takat ni boleh kontrol emosi lagi selagi orang2 specis ni tak mengacau aku. Jangan di kejutkan naga yang sedang tidur nanti buruk padahnya!!

rasa hormat pada adik beradik yang membuatkan aku masih belum nak bersuara lagi. kesian pada staff2 aku yang tersepit antara golongan gila kuasa ni. kalau sorang aje specis macam ni kat opis ni tak pe, ni sampai tiga orang. sesama dia pon tak sebulu. abis macam mana?

Hukum Karma......gila darjat...gila nama...gila kuasa....gila harta....semua gila.

apa aku boleh buat? setakat ni aku cuma boleh berdoa je agar orang2 specis ni di beri petunjuk dan hidayah dan di beri kesedaran tentang kedudukan dia orang.

cuba lah hormati orang lain sikit!!!! kalau kita tak suka orang lain buat, pastikan kita tak buat perkara yang sama.

wassalam.....

1 comment:

Unknown said...

nanti biar kite amek alih kompeni dia eh :p

baru senang idop..wakkakaa