Saturday, March 22, 2008

Berbicara tentang hati

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Bila seketul daging (hati) kotor maka satu badan akan sakit"

Salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan memaafkan setiap orang sebelum tidur setiap malam. Dengan memaaf kan orang jiwa kita akan tenteram dan di jauhi drpd dendam dan sakit hati. Ada orang kata 'aku tak akan memaafkan orang itu sampai kiamat' maka rugi lah sesiapa yang berkata begitu kerana jiwanya tidak akan tenteram dan hatinya sentiasa kotor dan mudah mendapat penyakit. Setiap hati yang bersih akan memancarkan wajah yang mulia dan disenangi oleh semua orang kerana akan terpancar aura yang positif disekelilingnya. salah satu cara awet muda tu.....

Hati juga mudah menjadi busuk sebab selalu sangat di hidang kan dengan perkara-perkara negatif yang bermain di minda. maka mudah akan terkena penyakit. penyakit adalah satu mahluk dimana makanan nya adalah fikiran yang kotor. Cara nak bersihkan minda? mudah je... of coz rapatkan diri dgn Tuhan. lain-lain cara...... berfikiran positif selalu. selalu berpegang dengan ungkapan 'pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian'. setiap kali dilanda malapetaka atau musibah jangan cepat mudah putus asa atau mengalah kerana Rasullullah pernah bersabda " setiap nikmat yang Allah nak bagi, akan di mulakan dengan musibah'.

So, yang penting hati yang baik beb. hati yang penuh dengan perasaan kasih sayang. pepatah ada mengatakan 'kita adalah siapa kawan-kawan kita'. kalau perasaan sayang yang keluar dari hati kita, maka yang datang juga adalah perasaan sayang juga. jika benci yang keluar dari hati kita maka benci juga lah yang akan datang pada kita.

maka tak salah menyayangi orang lain. yang penting ikhlas. walaupun istilah sayang itu banyak pengertiannya. terpulang macam mana kita nak menterjemahkan perasaan sayang itu...

till then....wassalam.

No comments: