Tuesday, April 8, 2008

INI LAH JALANKU

Kenapa mesti memilih jalan ini?

Jalan yang pasti menyesakkan. jalan yang tiada tanda arah. jalan yang tiada penghujung.
ahhhh persetankan bisik2 yang membingitkan kepala. aku sendiri yang memilih jalan ini dan harus aku harung walaupun pasti aku tak kan temui apa yang aku cari. Apa yang aku cari? sesuatu yang dah lama hilang dalam kehidupan zaman sekarang ni.
kalau dah tau tak kan jumpa kenapa masih mencari?
Tak salah untuk kita hidupkan sedikit harapan. untung2 masih ujud.

walaupun jalan ini bukan mudah untuk dilalui bahkan ada jalan lain yang lebih memudahkan, tetap aku lalui jugak. sebab ini lah jalan yang sudah biasa bagi aku.
'better deal with known devil rather than dealing with unknown angel'.
sedari dulu jalan ini lah yang membuatkan aku rasa lebih mengenali manusia sejagat. mana manusia yang hipokrit, manusia yang bertopengkan iman, manusia yang talam lapan belas muka, manusia yang menjengkelkan, manusia yang suka bermuka2, manusia yang benar2 jujur. yang last tuh susah sikit nak dapat.

jadi haruskah aku menukar jalan ini? atau menukar arah tujuan perjalanan aku? tak perlu!!!! aku akan tetap diri aku. aku dah selesa dengan diri aku ni. aku tak pernah komplen tentang perjalanan diri aku. jadi kenapa perlu tukar? tukar demi kerana orang lain suruh? makna nya aku tukar bukan kerana untuk aku tapi kerana untuk orang lain?

kalau orang lain tak suka, apa aku boleh buat sebab inilah diri aku. sesiapa saja yang aku tegur atau yang aku lambai sepanjang perjalanan aku ni, harap fahami maksud dan tujuan perjalanan aku. kalau ada yang tak suka aku lalu disini, terpulanglah sebab aku tetap akan lalu jugak. dan kepada sesiapa yang tak suka aku lalui jalan ini, berpaling lah dari aku dan jangan libatkan diri itu adalah lebih baik daripada terus bermuka2 dan bersikap hipokrit.

dan kepada sesiapa yang ingin menumpang, dipersilakan dengan hati terbuka. asalkan tujuan perjalanan ini jelas dan tidak menyesatkan. kalau ada jugak yang mahu sama2 menuju ke destinasi yang sama apa salahnya terus sama2 kita harungi perjalanan ini.

adessss...... petang2 macam ni kepala otak ni mmg kalut sikit. kalu aku baca balik apa yang aku tulih kat atas nu, aku sendiri jadi kompius. sesapa yang rajin baca tuh 'read between the lines'.
I'm not good in writing article so please consider...my bad.

that's all folks....till then

No comments: