Thursday, March 27, 2008

IBU

Ibu....Ibu...engkaulah ratu hati ku.

Ye ke? betul ke? mana aku tau. Apesal tak tau? memang aku tak tau. tak penah rasa. tak penah ada pengalaman. aku dengar orang nyanyi macam tu, aku pun nyanyi lah. best ke ada ibu ni?
apa istimewanya ada seorang ibu? kalau ada yang bertanyakan pada aku dah tentu aku tak dapat nak jawab. sebab aku tak penah merasa ada seorang insan yang bernama ibu.

Ibu aku meninggal sejak aku kecik lagi. rupa dia pun aku tak ingat macam mana.cuma tengok kat gambar2 hitam putih yang dah reput dimakan dek bubuk. biarpun diganti oleh seorang ibu tiri, tapi masyaallah, sengsara hidup dibuatnya.

orang kata ibu ni tempat untuk kita mengadu hal2 pribadi, tempat kita bermanja, tempat kita meluahkan perasaan dan macam2 yang ibu boleh jadi. SERONOKNYA.

kawan2 semua yang masih ada ibu, bersyukurlah kamu semua masih ada ibu yang sayang pada kamu. ibu yang boleh kamu jengok bila balik kampung. ibu yang boleh marah kita bila kita buat salah. ibu yang menangis bersama kita bila kita ada masalah.

hargailah waktu ini bila kamu masih ada seorang ibu. aku cemburu dengan kamu semua. jangan abaikan waktu2 seperti ini. jangan sampai bila ibu sudah tiada baru kamu menyesal kerana kamu jarang menjenguknya. ingatlah bahawa kamu adalah seorang umat yang beruntung kerana ada seorang ibu berbanding dengan aku yang sekadar mendengar cerita tentang ibu. dan yang pastinya aku tak akan mendapat peluang ini seperti kamu semua.

Semuga roh ibu ku ditempatkan bersama orang2 yang soleh....oh ibu.

3 comments:

b u n g a h a t i said...

miss my mum too..
yeah a lot!

Dian said...

same as me... :( u guys who still have ur mom, pls do take good care of her... love her.. n tell her everyday that u guys love her.. don't wait till the day... u're telling that u love them on a piece of paper.. or just by saying that... to the walls around u... :(

Unknown said...

uwaaaaaa wendu kat ibu...

ermmm nanti ikot balik kampung eh jumpe ibu kite...wat ler macam ibu sendirik....ibu kite baik sangat :D

aku adikmu dan engkau abang :)