Saturday, April 5, 2008

Life must go on

DEPRESS SINDROME!!!

Kenapa mesti depress? kenapa mesti ada rasa tekanan perasaan? apa yg buat depress? apa sebenarnya depress ni??

Itu lah sebab terlalu ikut perasaan. Ikut perasaan tanpa merujuk kepada akal fikiran yang rasional. sebab apa? sebab perasaan yang dikawal oleh hawa nafsu. sebab tu orang kata jangan bermain-main dengan perasaan nanti buruk padahnya.

Boleh ke kita kawal perasaan ni? jawapannya memang boleh. tapi dengan syarat mental kena kuat. mcm mana nak kuat kan mental?? perdekatkan diri dengan Tuhan dan terima segala ketentuanNYA.

Lain2 cara. Aku penah kata ' kita adalah siapa kawan2 kita'. jadi kena pandai memilih kawan. betul kata orang berkawan jangan memilih. kita kena ada ramai kawan. memang tak salah ramai kawan tapi cukup sekadar berkawan. yang penting kawan2 yang paling kita rapat. kawan rapat lah yang dapat memainkan peranan untuk kita memperkuatkan mental kita untuk mengharungi sisa2 hidup yang semakin mencabar ni. adalah lebih tepat jika kawan rapat ini di panggil 'sahabat'. sahabat yang sejati akan kekal hingga akhir hayat.

selalunya bila kita mengalami tekanan perasaan, pada sahabat ini lah tempat kita meluahkan perasaan. sahabat yang sejati akan menjadi pendengar yang setia. tetap memberi sokongan pada kita bila berhadapan dengan musibah. sahabat sejati tidak akan pernah penyusahkan kita.

bukan tak ada keluarga untuk kita merujuk tapi kadang kala ada perkara2 yang tak perlu diceritakan kepada keluarga.

jadi carilah sahabat yang benar2 sejati sebagai tempat untuk kita meluahkan rasa hati. sebab tekanan perasaan ini terjadi kerana kita tidak mahu meluahkannya ibarat gunung berapi yang akan meletus bila2 masa. memang la susah nak cari sahabat sejati zaman sekarang ni tapi tak cuba tak kan tau. biasa la kadang2 bila dah jumpa pun belum tentu serasi dengan kita. belum tentu memahami perasaan kita. but at least why not give a try until one point bila dah sampai satu tahap, then u decide weather they're the right person or not.

the bottom line is, we need someone to talk to. until then....talk to u later!! cherios

No comments: