Wednesday, April 30, 2008

Pagi yang gelap kini sudah terang

karangan yang tertera dibawah ini tiada kena mengena dengan tajuk yang tersebut di atas. sekian harap maklum.

memang la pagi td bangun je dah terang. mana tak nye tido kul 6 pagi. aku kat JB lg nih. semalam g main boling separuh jalan tetiba blackout. potong stim btul baru nak dpt feel. pas tuh g melalak lak kat diva sampai 1.30. lama suda tak nyanyi karat suda sore. pas minum2 izery ngan muz layan tengok ManUtd lawan barcelona. perghhhhhhhhh suspen giler tgk game. sib baik MU menang jugak akhirnya dapat ke final UEFA.

ari ni keje kelam kabut sikit bcoz today is D day. ari ni sampai malam jugak la kena operasi. tak pe keje nyer pasal carik makan beb. rajin keje byk masyukkkk hehehehe. workaholic??? orang gila pon tak keje mcm aku. memang la, org gila mana de keje....mengong tul.

walaupon bz ngan keje kita kena ada life jugak. sebab apa kita keje? untuk kehidupan kita kan. so kalau kita keje sampai tak ada life untuk kita...what the hell?? money is not everything,but life yes. so korunk2 sume GET A LIFE. afterall its up to us to determine what kind of life that we wanna have. kita keje untuk hidup dan jangan sampai kita hidup untuk keje. life is short, make full use out of it.

ada satu kisah : seorang umat ni bila masa sekolah, dia terlalu sibuk nak masuk universiti. dah masuk universiti sibuk pulak nak cari keje yang best2 kunun nak jadi profesional. bila dah keje, sibuk pulak nak kawin cari bini yang sesuai. bila dah kawin sibuk pulak nak ada anak ramai. bila anak dah besar dia sibuk pulak nak suruh anak kawin tak sabar2 nak timang cucu. bila dah ada cucu dia sibuk pulak kena jaga cucu dan prepare untuk pencen. pada ketika ni baru dia sedar betapa sepanjang hidupnya, dia terlalu sibuk sampai tiada masa untuk kehidupan diri nya sendiri. akhirnya dia sedar, sepanjang kehidupannya atas kesibukannya telah menyebabkan dia terlepas banyak perkara penting yang pastinya tak akan dapat dia ulang kembali.

so...renung2kan lah. GET A LIFE!!!

No comments: