Wednesday, April 30, 2008

Pagi yang gelap kini sudah terang

karangan yang tertera dibawah ini tiada kena mengena dengan tajuk yang tersebut di atas. sekian harap maklum.

memang la pagi td bangun je dah terang. mana tak nye tido kul 6 pagi. aku kat JB lg nih. semalam g main boling separuh jalan tetiba blackout. potong stim btul baru nak dpt feel. pas tuh g melalak lak kat diva sampai 1.30. lama suda tak nyanyi karat suda sore. pas minum2 izery ngan muz layan tengok ManUtd lawan barcelona. perghhhhhhhhh suspen giler tgk game. sib baik MU menang jugak akhirnya dapat ke final UEFA.

ari ni keje kelam kabut sikit bcoz today is D day. ari ni sampai malam jugak la kena operasi. tak pe keje nyer pasal carik makan beb. rajin keje byk masyukkkk hehehehe. workaholic??? orang gila pon tak keje mcm aku. memang la, org gila mana de keje....mengong tul.

walaupon bz ngan keje kita kena ada life jugak. sebab apa kita keje? untuk kehidupan kita kan. so kalau kita keje sampai tak ada life untuk kita...what the hell?? money is not everything,but life yes. so korunk2 sume GET A LIFE. afterall its up to us to determine what kind of life that we wanna have. kita keje untuk hidup dan jangan sampai kita hidup untuk keje. life is short, make full use out of it.

ada satu kisah : seorang umat ni bila masa sekolah, dia terlalu sibuk nak masuk universiti. dah masuk universiti sibuk pulak nak cari keje yang best2 kunun nak jadi profesional. bila dah keje, sibuk pulak nak kawin cari bini yang sesuai. bila dah kawin sibuk pulak nak ada anak ramai. bila anak dah besar dia sibuk pulak nak suruh anak kawin tak sabar2 nak timang cucu. bila dah ada cucu dia sibuk pulak kena jaga cucu dan prepare untuk pencen. pada ketika ni baru dia sedar betapa sepanjang hidupnya, dia terlalu sibuk sampai tiada masa untuk kehidupan diri nya sendiri. akhirnya dia sedar, sepanjang kehidupannya atas kesibukannya telah menyebabkan dia terlepas banyak perkara penting yang pastinya tak akan dapat dia ulang kembali.

so...renung2kan lah. GET A LIFE!!!

Tuesday, April 29, 2008

marang kerapu kepunden marang sekeper

apa ntah makna tajuk tuh. sesuai la ngan apa yg aku nak tulis arini benda yang merapu2 jew.

hari ni dah dua hari aku kat JB. kali ni seminggu duk sini sebab projek nak start dah 1hb Mei ni. nak mrapu pasal apa ek?

ari ni kat opis aku ngamuk ngan manager pasal sumer main wayang cina. keje tak buat tapi cerita je lebih. aku pun tak tau mcm mana aku leh hangen lak. ni la dia jenis manusia hipokrit. depan kita bukan main elok lg cakapnya, beria2 mcm semangat sgt tapi bila kita tak de, semua nya hampes. ni yang aku menyampah cakap tak srupa bikin.

dari smlm dah aku rasa tak brapa puas hati, tu yang terbawak2 smp ari ni. pesal ape ek aku tak puas hati semalam? emmmm jap nak pikir. ohhhhhh..... ada la sebabnya tak yah citer la.

susah nak jaga hati orang lain ni. kadang2 kita kena byk ketepikan hati dan perasaan kita sendiri demi untuk menjaga hati orang. ada masa tertanya-tanya jugak bila la agaknya orang lain nak jaga hati kita. asik2 kita je? biar lah. yang penting kita tak menyakitkan hati orang lain. cuma kadang2 kita tak prasan apa yang kita buat tu menyinggung perasaan orang lain. tapi tu bukan alasan sebab kalu kita betul2 ambil berat dan prihatin, perkara tak sengaja ni tak kan berlaku.

dah la tuh makin lama makin mengarut kang....

Friday, April 18, 2008

FRIENDS IN LIFE

aku baru saja balik dari JB. masih lagi kepenatan mengharungi perjalanan 3 jam dari sini.

kali ni jom kita sembang2 pasal kawan. kawan yang ada disekeliling kita yang mempunyai bermacam2 karenah dan perangai. sepanjang perjalanan aku dari JB aku dapat ilham untuk menulis tentang kawan ni sebab aku cukup terharu apa yang kawan2 buat untuk aku.

aku selalu ke JB on business trip. malam rabu lepas kawan2 aku di JB buat surprise birthday untuk aku. padehal aku jumpa diaorang pun sebulan sekali je. but this is what friends are all about. bukan jarak yang menentukan keakraban persahabatan itu. thanks a lot guys..... komeng,km,izery,sharkma,naz,kerol,wisha,olyn,ayangazly,babybee,as,awek naz. you guys are a bunch of a very wonderful people. besar atau kecik sambutan tu tak penting, tapi yang penting ingatan korang tuh.

kawan yang dah lama menghilang tetiba hantar kad ucapan besday yang menyentuh perasaan pun tiba2 muncul semula. maknanya dia masih ingat pada aku terutamanya pada hari istimewa aku. thanks. I really appreciate it.......katanya....'You've always been a special friend who's great to be around, you always know what to say on days when I'm feeling down... That's why this birthday greeting comes with thoughts of all you do, to hope that all the joy you bring comes back again to you'.

kawan terdekat. ada juga yang bagi ucapan dan ada jugak yang terlupa tarikh. ada yang sms je. ada yang call. tak apa lah mungkin banyak lagi perkara lain yang diaorang nak ingat. aku dah biasa dah. dari dulu lagi dah, kawan terdekat jarang dapat meraikan bersama. mungkin dah nasib aku macam ni. so I don't mind at all. biasa lah lumrah manusia, kita jarang nak menghargai sesuatu yang kita ada. bila kita dah kehilangan sesuatu itu baru kita tau betapa berharganya ketika kita ada sesuatu tu.

'kita adalah siapa kawan kita'

everytime this special day comes, we need a special people to celebrate it with you. so whoever had celebrate your special day with you, they are very special people that you must give your appreciation. they ere your true friends.

see u then...cherios

Tuesday, April 8, 2008

INI LAH JALANKU

Kenapa mesti memilih jalan ini?

Jalan yang pasti menyesakkan. jalan yang tiada tanda arah. jalan yang tiada penghujung.
ahhhh persetankan bisik2 yang membingitkan kepala. aku sendiri yang memilih jalan ini dan harus aku harung walaupun pasti aku tak kan temui apa yang aku cari. Apa yang aku cari? sesuatu yang dah lama hilang dalam kehidupan zaman sekarang ni.
kalau dah tau tak kan jumpa kenapa masih mencari?
Tak salah untuk kita hidupkan sedikit harapan. untung2 masih ujud.

walaupun jalan ini bukan mudah untuk dilalui bahkan ada jalan lain yang lebih memudahkan, tetap aku lalui jugak. sebab ini lah jalan yang sudah biasa bagi aku.
'better deal with known devil rather than dealing with unknown angel'.
sedari dulu jalan ini lah yang membuatkan aku rasa lebih mengenali manusia sejagat. mana manusia yang hipokrit, manusia yang bertopengkan iman, manusia yang talam lapan belas muka, manusia yang menjengkelkan, manusia yang suka bermuka2, manusia yang benar2 jujur. yang last tuh susah sikit nak dapat.

jadi haruskah aku menukar jalan ini? atau menukar arah tujuan perjalanan aku? tak perlu!!!! aku akan tetap diri aku. aku dah selesa dengan diri aku ni. aku tak pernah komplen tentang perjalanan diri aku. jadi kenapa perlu tukar? tukar demi kerana orang lain suruh? makna nya aku tukar bukan kerana untuk aku tapi kerana untuk orang lain?

kalau orang lain tak suka, apa aku boleh buat sebab inilah diri aku. sesiapa saja yang aku tegur atau yang aku lambai sepanjang perjalanan aku ni, harap fahami maksud dan tujuan perjalanan aku. kalau ada yang tak suka aku lalu disini, terpulanglah sebab aku tetap akan lalu jugak. dan kepada sesiapa yang tak suka aku lalui jalan ini, berpaling lah dari aku dan jangan libatkan diri itu adalah lebih baik daripada terus bermuka2 dan bersikap hipokrit.

dan kepada sesiapa yang ingin menumpang, dipersilakan dengan hati terbuka. asalkan tujuan perjalanan ini jelas dan tidak menyesatkan. kalau ada jugak yang mahu sama2 menuju ke destinasi yang sama apa salahnya terus sama2 kita harungi perjalanan ini.

adessss...... petang2 macam ni kepala otak ni mmg kalut sikit. kalu aku baca balik apa yang aku tulih kat atas nu, aku sendiri jadi kompius. sesapa yang rajin baca tuh 'read between the lines'.
I'm not good in writing article so please consider...my bad.

that's all folks....till then

Saturday, April 5, 2008

Life must go on

DEPRESS SINDROME!!!

Kenapa mesti depress? kenapa mesti ada rasa tekanan perasaan? apa yg buat depress? apa sebenarnya depress ni??

Itu lah sebab terlalu ikut perasaan. Ikut perasaan tanpa merujuk kepada akal fikiran yang rasional. sebab apa? sebab perasaan yang dikawal oleh hawa nafsu. sebab tu orang kata jangan bermain-main dengan perasaan nanti buruk padahnya.

Boleh ke kita kawal perasaan ni? jawapannya memang boleh. tapi dengan syarat mental kena kuat. mcm mana nak kuat kan mental?? perdekatkan diri dengan Tuhan dan terima segala ketentuanNYA.

Lain2 cara. Aku penah kata ' kita adalah siapa kawan2 kita'. jadi kena pandai memilih kawan. betul kata orang berkawan jangan memilih. kita kena ada ramai kawan. memang tak salah ramai kawan tapi cukup sekadar berkawan. yang penting kawan2 yang paling kita rapat. kawan rapat lah yang dapat memainkan peranan untuk kita memperkuatkan mental kita untuk mengharungi sisa2 hidup yang semakin mencabar ni. adalah lebih tepat jika kawan rapat ini di panggil 'sahabat'. sahabat yang sejati akan kekal hingga akhir hayat.

selalunya bila kita mengalami tekanan perasaan, pada sahabat ini lah tempat kita meluahkan perasaan. sahabat yang sejati akan menjadi pendengar yang setia. tetap memberi sokongan pada kita bila berhadapan dengan musibah. sahabat sejati tidak akan pernah penyusahkan kita.

bukan tak ada keluarga untuk kita merujuk tapi kadang kala ada perkara2 yang tak perlu diceritakan kepada keluarga.

jadi carilah sahabat yang benar2 sejati sebagai tempat untuk kita meluahkan rasa hati. sebab tekanan perasaan ini terjadi kerana kita tidak mahu meluahkannya ibarat gunung berapi yang akan meletus bila2 masa. memang la susah nak cari sahabat sejati zaman sekarang ni tapi tak cuba tak kan tau. biasa la kadang2 bila dah jumpa pun belum tentu serasi dengan kita. belum tentu memahami perasaan kita. but at least why not give a try until one point bila dah sampai satu tahap, then u decide weather they're the right person or not.

the bottom line is, we need someone to talk to. until then....talk to u later!! cherios