Wednesday, March 26, 2008

puas bila tengok orang tersenyum

hidup kat dunia ni kalau nak buat orang tersenyum memang susah. kadang2 orang yang tersenyum tu boleh nampak keikhlasan senyumannya. bila senyum yang di buat2 dah jadi macam rupe orang nak nangis je.

tapi yang aku nak sentuh bukan soal senyuman manis yang terukir dibibir sesaorang yang dapat kita lihat. tapi tentang senyuman dari dalam hati yang dapat menggembirakan sesaorang atau dapat mengubati hati sesaorang yang sedang dalam duka nestapa. fuyooooo aku kah yang menulis ayat2 ni?...mcm tak caya je ahakakaka. senyuman dalam hati ni lebih besar maknanya kerana ia akan terus terpahat dalam sanubari.

cuma senyuman dalam hati ni kita susah nak lihat. nak pantun sikit la. dolu2 ada gak blaja sastera ni.

terkukur rimba membawa berita
merah mati membawa diri
tutur kata gambaran jiwa
gerak geri gambaran hati

apa juga yang kita buat untuk menggembirakan orang lain jangan sekali kali minta sebarang balasan. buat lah dengan sejujur hati dengan niat untuk membantu. cukup lah sekadar ucapan terima kasih dan apa yang kita buat tu dihargai.

aku?? sesiapa juga yang pernah aku tolong, ikhlas dari aku. no komitmen. aku tak akan mengungkit tentang apa juga yang aku dah tolong. sesiapa pun yang dah penah merasa tu, anggap je semua sebagai rezeki korang. tak ada balasan yg aku mintak cuma doakan aku di permurahkan rezeki lagi supaya aku dapat tolong orang lagi. bukan aku nak riak atau membangga diri tapi aku pasti orang tu akan baca blog ni dan aku tak reti nak ucapkan depan dia.

Yang aku mintak tolong fahami aku yang dah selalu dipermainkan dan aku tak nak kena main lagi. kalau nak berkawan dgn aku, yg penting jujur dan ikhlas.

dah la...kang kata aku jiwang banget. wassalam

No comments: