Monday, May 12, 2008

macam2 punya hujung minggu

Apara hujung minggu ni memacam berlaku. ari jumaat den cuti sibuk buat persiapan anak buah nak benikah. maklumlah pak sedara sorang ni je lew yg kena jd orang pangkal. well anak jantan sorang. malam melepak dengan anak buah artis aku yang sorang tuh sampai kul 3 pagi.

sabtu sungguh memenatkan ramai banget tetamu datang tapi ttp senyum sampai petang. deejay yang kebetulan staff aku terus membebel sambil putar lagu. sesekali kakak aku sound suruh deejay slow kan volume. abis petang tuh aku duk makan sama2 ngan deejay tuh makan nasik.

kemas2 sampai malam. sungguh memenatkan. balik umah terus lentok mcm org pengsan.

Ahad. tngahari tuh singgah opis jap mentenet. sblm balik kul 2ptg sembang kejap dengan staff aku yg jadi deejay semalam kebetulan dia pun ada kat opis. aku pon balik umah.

kul 7.00 pm dapat call dari kakak aku "dejay smlm tuh dah meninggal" Innalillah.... terperanjat beruk la aku. senang nya Tuhan nak ambil nyawa sesaorang. dengar cerita dia sesak nafas then terus meninggal depan klinik. Aku kehilangan sorang staff yang dedicated dan seorang kawan. malam tu jugak aku ke rumah arwah menziarah. sian famili dia.....

semalam jugak hari Ibu. tapi......aku tak tau mcm mana nak celebrate sbb tak penah merasa ada ibu. radio era asik2 keluar kisah anak ucap pada ibu buat aku tambah sebak. arghhhhhhhhh....

semalam juga fav team aku jadi champion BPL. ManUtd beat wigan 2-0 so champ again. can't wait till 'D' day of 21st Mei 08 clash of the titan. champion league versus chelsea.

tu la kisahnya. moral of the story.......lu pikir la sendiri!!!!

No comments: