Sunday, June 29, 2008

nothing much!!

tak de pe2 citer yang menarik. sejak dgr lagu ni terpesona la pulak. layan sehhh

AKU ADA UNTUKMU – NUBHAN (AF6)
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku sayang dirimu (padamu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Thursday, June 26, 2008

sosak napas den

memang ar dah lama tak mengblogging. sibuk bangat dong. tapi sibuk2 pun sempat gak tinjau2 blog orang lain. macam2 cerita kat blog orang. tapi ada satu blog tuh aku singgah naik meluat pulak aku baca. dalam tuh citer ngutuk orang jew. mcm la tuan punya blog tuh bajet bagus sangat. macam ni punya manusia pun ada lagi dalam dunia ni. kalau dah tak suka orang, duk la diam2 jangan la sampai sebut nama pas tuh kutuk2 pakai ayat2 yg tak patut. macam la awak tuh sorang je yg perfect. pirah mabuk mamat oi. aku tak sebut nama orangnya tak pe la kot.


hari ni baru dpt duk opis. dua hari outstation kat JB jumpa kengkawan. celebrate besday member, makan2, melalak, lepak2. sangat enjoy bersama kawan2. release tension. thanks dude.

pesal lak sosak napas nih? emmm......boleh citer ek? aku ni dah serik nak tolong2 orang lagi dah. ramai sangat yang menipu. tak pandai nak hargai apa yang kita dah tolong. bukan mintak balasan tapi cukup lah sekadar ingatan dan terima kasih. itu cerita dulu2. aku tak papa kedana pun walaupun diaorang buat2 lupa dan aku halal kan saja. tapi masalah aku ni memang tak boleh tengok orang susah yang datang mengadu kat aku. ini la kelemahan aku. takut orang ambil kesempatan. things keep on repeating again and again. aku tulis ni bukan tak ikhlas nak tolong. engkau yang mintak tolong dengan aku, tetap aku akan tolong jugak. tapi ingat la kalau nak berkawan biar lah dengan seikhlas mungkin dan bukan ada sebab2 tertentu saja. aku dah serik sebenarnya. tapi dengan engkau ni aku tak tau la. kesian aku tengok. harap engkau faham. aku bukan kata engkau pun nak menipu cuma bila dah selalu terkena ni ada rasa kena hati2 sikit. kadang2 aku sedih dengan diri aku sendiri.

seperti dulu jugak, apa juga yang aku tolong ni tak ada komitmen apa2 dan aku tak mintak balas apa2. cukup la engkau doa untuk aku agar brtambah murah rezeki aku dan dpt aku tolong orang lain pulak. janji engkau ingat.

kenapa lak aku citer kat blog pasal aku tolong orang? macam nak menunjuk2 je. bukan mcm tuh. aku tak tau nak luah kan kat mana dah. nak cakap depan2 kadang2 tak terkeluar kata2. terpulang kat korang yg baca nak menilai.

huarghhhhhhh nantuk sudah. ari2 tido lambat. selagi euro tak abis selagi tu la tido lambat. mlm ni ada lagi. uwaaaaa padan muke aku.....chow cincau.

Friday, June 13, 2008

masih bernafas

masih terus bernafas
walau sesak tapi tetap di hela
agar dapat terus hidup

hari ni baru ada peluang nak update blog. banyak sangat dugaan sepanjang menyepikan diri. kadang kala terasa ada lebih baik mendiamkan diri daripada terus mengharung kepeningan yang berterusan.

kerja pun memeningkan kepala nak menghadap manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri. terasa seperti kecik je kepala-kepala manusia yang tak tau menghargai apa yang telah dimiliki. rasa macam nak pulas-pulas je biar mereka-mereka sedar diri.

tapi biar lah keadaan terus terusan begini sebab kelemahan diri aku yang tak tau nak berkonfrontasi. lemah sangat rasanya asik di kotak katik macam orang dungu yang baru nak belajar hidup.

bersyukur dengan apa yang ada. bersyukur dengan anugerah Tuhan. bersyukur dengan rezeki dan ketentuan Nya. biar apa orang nak kata. biar apa orang nak buat pada aku. biar saja mereka-mereka itu mengambil kesempatan atas kelemahan aku. yang pentingnya satu hari nanti mereka-mereka itu pasti akan tau jugak. aku tak pernah berdendam. aku tak pernah nak mengungkit. aku tak pernah nak menyusahkan sesiapa.

aku cuma berdoa agar mereka-mereka akan sedar satu hari nanti. kalau kita tak suka orang buat pada kita, pastikan kita tak buat perkara yang sama.

Thursday, June 5, 2008

back to normal

macam2 cerita. tak pe la tanggung je la. so, this time I'm back again. tu hari panas hati punya pasal. serabut kepala hotak aku. dah la lupakan saja. now back to normal hopefully everything do run smoothly. THING HAPPEN FOR A REASON.