Thursday, March 27, 2008

IBU

Ibu....Ibu...engkaulah ratu hati ku.

Ye ke? betul ke? mana aku tau. Apesal tak tau? memang aku tak tau. tak penah rasa. tak penah ada pengalaman. aku dengar orang nyanyi macam tu, aku pun nyanyi lah. best ke ada ibu ni?
apa istimewanya ada seorang ibu? kalau ada yang bertanyakan pada aku dah tentu aku tak dapat nak jawab. sebab aku tak penah merasa ada seorang insan yang bernama ibu.

Ibu aku meninggal sejak aku kecik lagi. rupa dia pun aku tak ingat macam mana.cuma tengok kat gambar2 hitam putih yang dah reput dimakan dek bubuk. biarpun diganti oleh seorang ibu tiri, tapi masyaallah, sengsara hidup dibuatnya.

orang kata ibu ni tempat untuk kita mengadu hal2 pribadi, tempat kita bermanja, tempat kita meluahkan perasaan dan macam2 yang ibu boleh jadi. SERONOKNYA.

kawan2 semua yang masih ada ibu, bersyukurlah kamu semua masih ada ibu yang sayang pada kamu. ibu yang boleh kamu jengok bila balik kampung. ibu yang boleh marah kita bila kita buat salah. ibu yang menangis bersama kita bila kita ada masalah.

hargailah waktu ini bila kamu masih ada seorang ibu. aku cemburu dengan kamu semua. jangan abaikan waktu2 seperti ini. jangan sampai bila ibu sudah tiada baru kamu menyesal kerana kamu jarang menjenguknya. ingatlah bahawa kamu adalah seorang umat yang beruntung kerana ada seorang ibu berbanding dengan aku yang sekadar mendengar cerita tentang ibu. dan yang pastinya aku tak akan mendapat peluang ini seperti kamu semua.

Semuga roh ibu ku ditempatkan bersama orang2 yang soleh....oh ibu.

Wednesday, March 26, 2008

puas bila tengok orang tersenyum

hidup kat dunia ni kalau nak buat orang tersenyum memang susah. kadang2 orang yang tersenyum tu boleh nampak keikhlasan senyumannya. bila senyum yang di buat2 dah jadi macam rupe orang nak nangis je.

tapi yang aku nak sentuh bukan soal senyuman manis yang terukir dibibir sesaorang yang dapat kita lihat. tapi tentang senyuman dari dalam hati yang dapat menggembirakan sesaorang atau dapat mengubati hati sesaorang yang sedang dalam duka nestapa. fuyooooo aku kah yang menulis ayat2 ni?...mcm tak caya je ahakakaka. senyuman dalam hati ni lebih besar maknanya kerana ia akan terus terpahat dalam sanubari.

cuma senyuman dalam hati ni kita susah nak lihat. nak pantun sikit la. dolu2 ada gak blaja sastera ni.

terkukur rimba membawa berita
merah mati membawa diri
tutur kata gambaran jiwa
gerak geri gambaran hati

apa juga yang kita buat untuk menggembirakan orang lain jangan sekali kali minta sebarang balasan. buat lah dengan sejujur hati dengan niat untuk membantu. cukup lah sekadar ucapan terima kasih dan apa yang kita buat tu dihargai.

aku?? sesiapa juga yang pernah aku tolong, ikhlas dari aku. no komitmen. aku tak akan mengungkit tentang apa juga yang aku dah tolong. sesiapa pun yang dah penah merasa tu, anggap je semua sebagai rezeki korang. tak ada balasan yg aku mintak cuma doakan aku di permurahkan rezeki lagi supaya aku dapat tolong orang lagi. bukan aku nak riak atau membangga diri tapi aku pasti orang tu akan baca blog ni dan aku tak reti nak ucapkan depan dia.

Yang aku mintak tolong fahami aku yang dah selalu dipermainkan dan aku tak nak kena main lagi. kalau nak berkawan dgn aku, yg penting jujur dan ikhlas.

dah la...kang kata aku jiwang banget. wassalam

Tuesday, March 25, 2008

Bila kaduk naik junjung

Ramai sangat yang nak jadi politikus dalam pejabat. Kaki ampu, kaki penipu, wayang cina, kaki klepet, dan macam2 lagi ada. tu la antara watak2 yang ada kat mana2 pejabat. tapi yang paling menjengkelkan adalah specis kaduk naik junjung ni.

Specis ni jenis tak sedar di untung, naik sebab ada 'connection' atau sebab dia orang ni pandai ampu bos.

aku dah busan dengan specis macam ni. kompeni sendiri pun dah macam orang lain yang kontrol. mentang2 aku ni jenis tak banyak cakap. bukan tak nak bercakap tapi aku lebih suka mengelakkan konfrontasi demi mengekalkan keharmonian dalam kompeni ni. sampai bila aku boleh tahan pun aku tak tau.

Tapi aku mana boleh give up sebab aku ni pewaris yang sah. takat ni boleh kontrol emosi lagi selagi orang2 specis ni tak mengacau aku. Jangan di kejutkan naga yang sedang tidur nanti buruk padahnya!!

rasa hormat pada adik beradik yang membuatkan aku masih belum nak bersuara lagi. kesian pada staff2 aku yang tersepit antara golongan gila kuasa ni. kalau sorang aje specis macam ni kat opis ni tak pe, ni sampai tiga orang. sesama dia pon tak sebulu. abis macam mana?

Hukum Karma......gila darjat...gila nama...gila kuasa....gila harta....semua gila.

apa aku boleh buat? setakat ni aku cuma boleh berdoa je agar orang2 specis ni di beri petunjuk dan hidayah dan di beri kesedaran tentang kedudukan dia orang.

cuba lah hormati orang lain sikit!!!! kalau kita tak suka orang lain buat, pastikan kita tak buat perkara yang sama.

wassalam.....

Monday, March 24, 2008

I hate monday

No interesting topic today. cuma nak highlight ManUtd menang besar dengan Liverfool 3-0 malam tadi. Yang jd lebih menarik Arsengal kalah dengan Chelsea 1-2. Glory glory ManUnited. Chances ManUtd jadi champ this season memang cerah kalau tak buat silap this last seven games. Aku memang peminat 'susah mati' ManUtd. dalam kategori fanatik jugak la.

Local football?? entah. aper tuh? sori la pasal local football ni aku tak mau amik tau la. bukan tak sokong pemain tempatan tapi kalau taraf permainan macam sekarang ni, nak tengok pun malu lah. entah apesal tahap bolasepak kat malaysia ni dah tak macam dulu. dah la buang karen jer criter pasal bolasepak malaysia ni.

adussss tarak idea sudah...... len kali sikkk

Saturday, March 22, 2008

Berbicara tentang hati

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Bila seketul daging (hati) kotor maka satu badan akan sakit"

Salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan memaafkan setiap orang sebelum tidur setiap malam. Dengan memaaf kan orang jiwa kita akan tenteram dan di jauhi drpd dendam dan sakit hati. Ada orang kata 'aku tak akan memaafkan orang itu sampai kiamat' maka rugi lah sesiapa yang berkata begitu kerana jiwanya tidak akan tenteram dan hatinya sentiasa kotor dan mudah mendapat penyakit. Setiap hati yang bersih akan memancarkan wajah yang mulia dan disenangi oleh semua orang kerana akan terpancar aura yang positif disekelilingnya. salah satu cara awet muda tu.....

Hati juga mudah menjadi busuk sebab selalu sangat di hidang kan dengan perkara-perkara negatif yang bermain di minda. maka mudah akan terkena penyakit. penyakit adalah satu mahluk dimana makanan nya adalah fikiran yang kotor. Cara nak bersihkan minda? mudah je... of coz rapatkan diri dgn Tuhan. lain-lain cara...... berfikiran positif selalu. selalu berpegang dengan ungkapan 'pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian'. setiap kali dilanda malapetaka atau musibah jangan cepat mudah putus asa atau mengalah kerana Rasullullah pernah bersabda " setiap nikmat yang Allah nak bagi, akan di mulakan dengan musibah'.

So, yang penting hati yang baik beb. hati yang penuh dengan perasaan kasih sayang. pepatah ada mengatakan 'kita adalah siapa kawan-kawan kita'. kalau perasaan sayang yang keluar dari hati kita, maka yang datang juga adalah perasaan sayang juga. jika benci yang keluar dari hati kita maka benci juga lah yang akan datang pada kita.

maka tak salah menyayangi orang lain. yang penting ikhlas. walaupun istilah sayang itu banyak pengertiannya. terpulang macam mana kita nak menterjemahkan perasaan sayang itu...

till then....wassalam.

Friday, March 21, 2008

sayang, cinta, kasih ??? what the hell

dah ramai dah.....semuanya sama jer. sebab apa ramai? sebab aku playboy ker? sebab aku kaki pompuan ke? sukati lah apa orang nak cakap. yang penting aku tak penah permainkan perasaan orang. kenapa? aku tak berhak untuk di sayangi ker?

heloooo ingat perasaan boleh dibuat-buat ker?

setiap kali kena klentong ungkapan yang sering keluar dari mulut aku " this gonna be the last one" . but things keep on coming..then how? reject? accept? god knows............

pesal asik kena klentong? entah!! mungkin aku mudah sangat percaya pada orang. pecaya ke atau kesian? sama je la. kata orang pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang. tapi kalau pengalaman yang sama je kita hadapi, itu tahap bodoh namanya. aku bodoh ke? entah lah!!

bukan aku yang saja cari, tapi perasaan tu datang dengan semulajadi. biar pun dah banyak kali terkena tapi aku tak penah serik. Sebab apa? bcoz loving and to be love is such a beautiful feeling that cannot be descripe by words.

tak cukup ke dengan kasih sayang isteri dan anak-anak yang ada? adik beradik? emmm sometimes we still have space for someone else. curang? not the correct word. this is something else which I myself cannot explain. thats make life colourful. asalkan tau tanggungjawab.

kali ni apa pulak? kasih jugak ke? sayang jugak ke? difficult to say. Time will tell. afterall whoever you are, lets do not spoiled the relationship that has been built with trust and honesty. love? KASIH SAYANG TAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN!!

addicted to love? ya memang. eventhough I know that I'm gonna be on the losing side, I'll keep on and will keep on. Until when?? Until there's no one to be love. why on losing side? bcoz I know that sooner or later I'm gonna lose whoever she is. what a wonderful world. ALWAYS REMEMBER, THINGS HAPPEN FOR REASON.

Our right to be love

Ari ni aku dah kembali waras untuk menulis ntah ape2 kat sini. sukati aku la nak tulis apa pon. bukan nak suruh orang baca tapi sekadar nak melepaskan rasa hati. kalau tak de sape2 nak baca pon lantak la.

Tajuk mcm menarik je. Our right to be loved??

Love is a strange thing. It can be the most amazing feeling in the world, or it can really hurt, but in the end love is something most, if not all of us, will face. While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (even yourself). Love is the continual act of unconditionally putting the needs of others before your own.


Say it. When you say the words "I Love You," do they carry it with them the desire to show someone you love them or do they carry it with them is it what you want to feel? And when you say it make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.

Love unconditionally. If you cannot love another person without attaching stipulations, then it is not love at all, but deep-seated opportunism (one who makes the most of an advantage). If you have no intention of improving that person’s life, of allowing that person to be themselves and accepting them as they are, and not who you want them to be, then you are not striving to love them unconditionally.

Expect nothing in return. That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you. It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for loving's sake. Realize that someone may have a different way of showing his or her love for you; do not expect to be loved back in exactly the same way.

Realize it can be lost. If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love.

aper aku dah merepek ni.....ahhhhhh lantak la janji aku paham.

Tuesday, March 18, 2008

hari-hari yang membusankan

apa nak jadi ngan aku ni? ahhhh lantak la janji aku tak menyusahkan orang lain. tapi orang yang menyusahkan idup aku ni aper nak buat ngan org2 yg mcm ni? ahhhhhhhhhh malas aku nak pikir dan malas nak tulis banyak2. lain kali lah. arwah bapak aku dah pesan... kalau kita buat orang lain tersenyum, insyaallah kita pun akan tersenyum jugak.